Tuesday, 15 December 2015

MENGGEMPARKAN..!! [ 7 ] foto Ayda Jebat & Zul Ariffin "BERPELUK MESRA"..!!

Image result for gambar panas zul ariffin & ayda jebat
Baru-baru ini dua pelakon utama drama Rindu Awak 200%, Zul Ariffin dan Ayda Jebat telah menghadiri sebuah majlis anjuran Proton.

Sudah tentu kehadiran dua pelakon ini menjadi tumpuan ramai memandangkan demam drama yang dilakonkan mereka masih belum tamat.

Namun, ramai tertanya-tanya mengapa kedua-dua pelakon ini nampak mesra ‘semacam’ walaupun kedua-duanya telah menafikan mempunyai hubungan cinta.

Sepanjang majlis tersebut Ayda dan Zul kelihatan sentiasa berpeluk pinggang, berpegangan tangan dan menunjukkan kemesraan seperti mereka sedang hangat bercinta.


Masakan tidak, Ayda juga dilihat telah menyentuh mesra pipi Zul.

Sebenarnya ada apa di antara mereka berdua ya? Tak mungkinlah masih dalam rangka promosi lagi kerana drama yang menggandingkan mereka berdua sudah lama habis.
Mungkin ramai peminat yang mahu mereka ‘bercinta’ tetapi sepatutnya Ayda kenalah peka tentang status Zul Ariffin yang sedang bercinta.

Tambahan pula, ada peminat yang meninggalkan komen di laman Instagram Ayda supaya membataskan kemesraan dengan Zul yang sudah berpunya.

Ada juga yang berpendapat, sebagai seorang pelakon yang sedang menempa nama dan berbakat Ayda seharusnya tidak terlalu ghairah untuk bergambar 'mesra' di khalayak ramai kerana ia boleh mengundang fitnah, tambahan pula potensi Ayda dalam bidang lakonan sangat cerah.

Astro Gempak kongsikan beberapa keping gambar yang dikirimkan seseorang menerusi e-mel kami, untuk tatapan anda semua.

Kalau kita tengok pada foto-foto ni, nampak macam mereka sedang bercinta kan?

No comments:

Post a Comment