PELAKON, pengacara dan usahawan berjaya, Neelofa dilanda gelombang kritikan gara-gara memuat naik sekeping foto hidangan makanan yang dijamahnya.
Neelofa yang kini berada di London telah bertindak berkongsi gambar makanan yang dijamahnya malam semalam di ruang Instagram. Menurut kapsyen yang ditulis, hidupan laut tersebut merupakan sejenis siput dipanggil Escargot.
“Hands down the best escargot so far,” tulis pelakon Lemak Kampung Santan itu.
Hukum tersebut telah diwartakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan diterangkan secara jelas di laman sesawang jabatan tersebut. Jom kita baca sedikit tentang hukum escargot. Nampaknya, kritikan yang dilemparkan pengguna laman sosial ada benarnya walaupun cara sebahagiannya dilihat terlalu kasar dan biadab. Mungkin juga Neelofa tak tahu hukum tersebut, kan?
Apa yang lebih penting, selepas ini Neelofa harus berhati-hati dalam memilih makanan yang hendak dijamah kerana semua tahu, ‘makanan akan menjadi darah daging’.
No comments:
Post a Comment