Punca Rumah Pengasas Vida Beauty Terbakar | Dipercayai dua kanak-kanak lelaki yang merupakan anak kepada pengasas produk kecantikan dan seorang kakitangan syarikat tersebut maut selepas rumah dua tingkat yang turut dijadikan penginapan pekerja di Meru Hill, Laluan Taman Meru 24, terbakar malam tadi.
Turut parah dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, seorang lelaki berusia 27 tahun yang patah kaki selepas terjun dari tingkat satu premis berkenaan ketika cuba menyelamatkan diri. Mayat adik beradik berusia 10 dan 12 tahun serta lelaki berusia 26 tahun itu ditemui dalam bilik air di tingkat atas premis berkenaan.
Difahamkan, dua kanak-kanak itu anak pengasas produk kecantikan Vida Beauty, Datuk Dr Hasmiza Othman atau Dr Vida. Beliau yang berada di Pulau Pinang bergegas pulang ke Ipoh sebaik mendengar berita buruk itu dan tiba di sini jam 11.30 malam, namun enggan ditemubual pihak media.
Timbalan Penguasa Bomba negeri, P Samasuvam ketika ditemui di lokasi kejadian, berkata pihaknya menerima panggilan jam 9.23 malam dan sebaik tiba di lokasi, api sedang marak terutama di kawasan bumbung.
Adakah benar kereta Bently meletup menjadi punca kebakaran rumah ini? |
Maklumat awal diperoleh mengatakan ada sembilan penghuni di premis itu, namun selepas api berjaya dikawal, anggota bomba hanya menemui tiga mayat dalam bilik air termasuk dua kanak-kanak dalam keadaan terduduk dan terbaring di lantai, katanya sambil menambah kes itu masih disiasat termasuk punca dan nilai kerugian dialami.
Beliau berkata, penghuni lain terselamat kerana dipercayai keluar dari rumah itu lebih awal, tetapi tiga yang lain termasuk mangsa terperangkap sebelum mayat mereka dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini, untuk bedah siasat dan pengecaman identiti.
Dalam satu dakwaan pula mengatakan, rumah pengasas produk kecantikan ini terbakar setelah kereta Bently miliknya meletup angkara mercun.
No comments:
Post a Comment